Kami Tidak Rela Lagi Biarkan Pembangkang Patahkan Semangat Ahli Umno - Shahrizat

Diterbitkan: Sabtu, 7 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berbekalkan semangat baru selepas diiktiraf sebagai tulang belakang parti, Pergerakan Wanita Umno berjanji akan memainkan peranan baru dalam parti dengan menjadi jentera politik Umno.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata jika selama ini Wanita Umno lebih dilihat menjadi jentera pilihan raya dalam parti, kini mereka akan memainkan peranan sebagai jentera politik untuk menangkis serangan pembangkang.

"Kami tak rela lagi untuk membiarkan pembangkang di luar sana mematahkan semangat ahli-ahli Umno.

"Saya nak minta semua ahli di peringkat negeri, cawangan dan bahagian jangan tunduk sangat kepada pembangkang. Kenapa kita nak ikut tarian mereka? Kitalah yang kena catur politik pembangunan yang ada di Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Umno 2013 di sini, Sabtu.

Shahrizat berkata langkah Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak mengupayakan wanita adalah langkah bijak.

Ini kerana hampir separuh daripada golongan di negara ini adalah wanita iaitu seramai 14.24 juta, manakala pengundi wanita sahaja berjumlah 6.6 juta.

"Wanita ingin bersama Umno sebagai ejen perubahan.

"Dengan semangat baru Wanita Umno sebagai tulang belakang, kami sebagai ibu akan jadi benteng utama membantu membawa kepada pembangunan agama, bangsa dan negara," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mencadangkan agar Amanah Ikhtiar Malaysia dinaiktaraf sebagai Bank Amanah Ikhtiar Malaysia atau Bank Wanita yang mana 99 peratus daripada peminjamnya masa kini adalah wanita.

Katanya, dalam memperkasa ekonomi wanita, kaum wanita yang berniaga lebih selesa dengan satu iklim yang lebih mesra di kalangan wanita.

"Saya harap Kementerian Kewangan buat kaji selidik di mana bank ini ada fenomena...di sesetengah negara ia tak menjadi, di sesetengah negara ia adalah satu inisiatif yang sukses," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Najib yang mengotakan janjinya sebelum pilihan raya umum untuk meletakkan seramai mungkin wanita di tempat pembuat keputusan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan