Jailani Mau Jambatan Baharu Dibina Di Kampung Kuala Kejir, Hulu Terengganu

Diterbitkan: Sabtu, 7 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Anggota Parlimen Hulu Terengganu Datuk Jailani Johari mahu pihak berkuasa segera membina jambatan baharu di Kampung Kuala Kejir di sini bagi menggantikan jambatan lama yang runtuh dalam banjir.

Beliau berkata buat sementara waktu ini pihak berkuasa perlu memikirkan alternatif yang sesuai untuk memastikan penduduk tidak terputus hubungan.

Tanpa jambatan itu, penduduk dari Kampung Kuala Kejir yang mahu ke Kampung Tanggol terpaksa melalui jalan alternatif sejauh 20 kilometer, katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi jambatan runtuh itu di sini, hari ini.

Kepala jambatan Kampung Kuala Kejir runtuh akibat arus deras air sungai menyebabkan Jalan Wakaf Tapai/Tanggol-Kuala Berang terputus hubungan.

Sehubungan itu pengguna dari Wakaf Tapai yang mahu ke Kuala Berang perlu menggunakan Jalan Wakaf Tapai/Ajil-Kuala Berang memandangkan jalan utama Kuala Berang masih ditutup akibat dinaiki air.

Jailani yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata kos sebanyak RM3 juta dianggarkan untuk membina jambatan baharu itu.

Bagi penduduk kampung pula, jambatan itu penting terutama pelajar sekolah yang akan memulakan sesi persekolahan baharu tidak lama lagi.

Seorang penduduk, Tahir Kassim, 58, berkata kerajaan perlu membina segera jambatan baharu memandangkan jambatan lama itu dibina pada tahun 1959.

"Sekarang ini memang susah lah kerana kami kena pusing ikut jalan lain yang lebih jauh sedangkan inilah laluan alternatif utama kami untuk berulang alik ke Kuala Berang," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan