1,633 mangsa Banjir Di Johor Masih Berada Di 23 Pusat Pemindahan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Sejumlah 1,633 mangsa banjir daripada 426 keluarga di Johor masih berada di pusat pemindahan di lapan daerah di negeri ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berkata setakat pukul 10 pagi ini, kesemua mangsa di Johor Baharu, Kulaijaya, Pontian, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat, Ledang dan Segamat itu ditempatkan di 23 pusat pemindahan.

"Seramai 566 mangsa berada sembilan pusat pemindahan di Segamat, Batu Pahat (422 mangsa, lima pusat pemindahan), Pontian (401 mangsa, tiga pusat pemindahan), Kota Tinggi (97 mangsa, dua pusat pemindahan), Johor Baharu (65 mangsa, satu pusat pemindahan), Kulaijaya (54 mangsa, satu pusat pemindahan), Kluang (20 mangsa, satu pusat pemindahan) dan Ledang (lapan mangsa, satu pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi.

Jurucakap itu berkata antara kawasan yang masih terjejas di Segamat ialah Kampung Sanglang, Kampung Paya Dalam, Kampung Awat, Kampung Pogoh 2, Kampung Batu Badak, Kampung Tandong dan Kampung Spang Loi.

Di Batu Pahat pula melibatkan Koris, Kampung Parit Haji Kamisan, Sungai Suloh, Parit Lapis serta Kampung Linau Kechil.

Di Kota Tinggi, kawasan yang terjejas adalah Kampung Mawai Baru dan Kampung Perpat; Pontian melibatkan Parit Stan dan Tampuk Laut; Ledang melibatkan Kampung Kundang Ulu; Johor Baharu melibatkan Kampung Nong Chik; Kluang melibatkan Kampung Melayu Batu 4 dekat Paloh manakala Kulaijaya melibatkan Kampung Baru Sengkang.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan