Wanita Umno Usul Cadang Tubuh Bank Wanita

Diterbitkan: Jumaat, 6 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wanita Umno mencadangkan Bank Wanita ditubuhkan bagi membuka peluang sama rata perniagaan kepada golongan itu, seterusnya membantu matlamat 30 peratus penguasaan ekonomi bumiputera tercapai.

Ketua Wanita Umno Lumut Dr Azizah Johor berkata institusi perbankan itu mungkin boleh ditubuhkan dengan gabungan Amanah Ikhtiar Malaysia dan Tekun yang majoriti besar penerima pinjaman kedua-dua organisasi itu adalah wanita.

"Mereka ini sudah mempunyai 'database' peminjam yang besar, dan sudah mempunyai pengalaman," katanya ketika menyokong usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Jumaat.

Azizah berkata Bank Wanita itu dicadangkan diletakkan di bawah seliaan seorang menteri penuh baharu yang boleh dilantik daripada Wanita Umno.

"Apa salahnya? Wanita ada ahli 1.3 juta... 50 peratus rakyat adalah wanita," katanya.

Mengambil contoh pembukaan Bank Wanita di India pada 19 Nov lepas, beliau berkata bank itu bertindak sebagai tiga serampang iaitu "bank buat untung, wanita dapat khidmat sokongan dan kerajaan dapat pastikan pembangunan golongan wanita dalam persekitaran terurus dan berkualiti."

Azizah berkata sehingga kini jumlah peniaga wanita adalah sangat rendah berbanding golongan lelaki iaitu menurut SME Corp, daripada keseluruhan peniaga dalam negara hanya 19.7 peratus wanita.

"Sudah tiba masanya diadakan lab (makmal) bagi merumus satu 'blue print' bagi matlamat dan tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang yang boleh melonjak wanita dalam perniagaan," katanya.

Beliau turut mencadangkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Wanita sebagai satu unit di bawah agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera atau diletak secara langsung di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

"Di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Wanita yang dicadangkan ini hendaklah digubal dasar dan polisi yang mesra wanita, bagi memudahkan wanita meneroka peluang ekonomi," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan