Wakil Puteri Minta Pertimbang Had Umur Ahli Dilanjut Kepada 40 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 6 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak diharap dapat mempertimbangkan cadangan untuk melanjutkan had umur anggota sayap Pergerakan Puteri Umno kepada 40 tahun.

Wakil Puteri, Wahida Patuan berkata perkara berkenaan telah menjadi perbincangan dalam sayap itu sejak 13 tahun lalu.

"Kami tak 'demand'. Kami nak minta sikit sahaja kalau dapat dinaikkan sedikit umur Puteri kepada 40 tahun.

"Berilah harapan kepada kami untuk 'hidup lama' sikit. Ini tidak...baru nak masuk 'gear' dua, dah pun 'expired'," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2013, di sini, Jumaat.

Had umur yang ditetapkan untuk ahli Puteri sekarang ialah 35 tahun.

Ketua Puteri Umno Kelantan ini berkata walaupun menjadi sayap yang paling muda dan digelar 'adik' dalam parti, Puteri telah menunjukkan prestasi yang baik ketika pilihan raya umum lalu.

Namun, beliau tidak menafikan banyak kelemahan perlu diperbaiki dan penambahbaikan perlu dilakukan supaya parti dapat mengekalkan kemenangan.

Bagi memantapkan sayap Puteri, beliau turut menyarankan agar beberapa syarat pemilihan diubah.

"Untuk ahli jawatankuasa mungkin memerlukan sedikit kelonggaran...mungkin dapat dikurangkan kepada satu tahun sahaja kerana ramai di antara kami yang tidak dapat bertanding.

"Bagi jawatan ketua dan naib ketua, Puteri berpandangan mereka mestilah memegang jawatan ahli jawatankuasa walau satu penggal," katanya.

Katanya, ini bagi mewujudkan pemimpin sayap yang datang dari mereka yang berpengalaman dan memahami sedikit sebanyak rencah politik.

Mengenai calon bertanding pada pilihan raya, beliau mahu jika dapat dipertimbangkan supaya lebih ramai calon Puteri diletakkan tetapi ia bukan satu desakan.

"Kalau tak dapat tambah kuota (calon) pun tak ada, kami tak merajuk.

"Bos kami (Ketua Puteri Mas Ermieyati Samsudin) sudah berpesan, kita ini adik, buat kerja mesti kerana Allah," katanya.

Jelasnya, data dan analisis Suruhanjaya Pilihan Raya pada PRU-13 menunjukkan bahawa peratusan pengundi muda berusia 21-29 tahun adalah 65.5 peratus dan sebahagian daripadanya adalah pengundi muda wanita.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan