Sistem Amaran Awal Banjir Negara Perlu Diwujudkan - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 6 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata sudah tiba masanya pengwujudan sistem amaran awal banjir dikaji, bagi memudahkan negara mengesan berlakunya bencana itu, dan semua pihak bersedia lebih awal dengan pelbagai kemungkinan.

Timbalan perdana menteri berkata dengan adanya sistem itu, ramalan awal dapat dilakukan seperti yang dilakukan negara maju, dalam mengatasi masalah yang dihadapi mangsa bencana alam.

"Di negara maju tidak berlaku banjir tetapi ada salji dan mereka dapat meramalkan kejadian itu lebih awal.

"Namun kita faham di negara ini payah nak buat ramalan yang tepat kerana paten hujan berubah-ubah dan kita perlu suatu sistem sebegini," katanya ketika melakukan lawatan di pusat pemindahan banjir pada Jumaat.

Katanya jika sistem amaran awal banjir negara dimodenkan, ia akan memberi manfaat, dan memudahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat hebahan kepada penduduk kawasan yang sering dilanda banjir.

"Saya percaya teknologi moden dapat dimanfaatkan dan perkara ini boleh MKN teliti dan orang ramai akan turut menerima amaran awal," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan