Puteri Disaran Wujudkan Rumah Kaunseling Bantu Kanak-Kanak, Wanita

Diterbitkan: Jumaat, 6 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Puteri Umno dicadang menubuhkan rumah kaunseling untuk membantu kanak-kanak mangsa penderaan selain wanita yang mengalami masalah seperti keruntuhan rumah tangga.

Ketua Puteri Umno Kelantan Norwahidah Patuan berkata selain khidmat kaunseling, mereka boleh diberi motivasi dan pendidikan agama.

"Puteri harus berada di depan dalam isu penderaan dan penganiayaan kanak-kanak serta wanita, isu keruntuhan rumah tangga dan masalah sosial dalam kalangan remaja," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden Umno di Perhimpunan Agung Umno 2013, pada Jumaat.

Norwahida yang juga Ketua Puteri Umno Jeli, berkata komitmen pergerakan itu dalam mendepani masalah sosial tidak boleh terhad kepada mangsa penganiayaan sahaja, tetapi turut mencakupi keluarga mangsa.

Untuk itu beliau mencadangkan Puteri menubuhkan sebuah sekretariat di Kuala Lumpur bagi membantu kes-kes sedemikian.

Selain itu, Norwahidah mencadangkan penubuhan akademi politik untuk melahirkan pemimpin muda yang berwibawa dan hebat selain mampu memahami dan memperjuang aspirasi parti. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan