Najib Tweet Penghormatan Kepada Nelson Mandela

Diterbitkan: Jumaat, 6 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengungkapkan kata-kata penghormatan melalui Twitter pada Jumaat kepada presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan dan ikon anti-Apartheid Nelson Mandela.

"Mandela hidup dalam semangat setiap manusia yang percaya terhadap demokrasi dan kebebasan. Terima kasih atas legasi anda, Madiba," kata Najib.

Nelson Mandela meninggal dunia di kediaman beliau di Johannesburg pada usia 95 tahun pada Khamis selepas beberapa bulan menderitai jangkitan paru-paru.

Dunia hari ini menangisi kehilangan seorang pemimpin berjiwa besar yang membawa pembaharuan dalam sejarah perjuangan menyebarkan semangat demokrasi, kebebasan dan kesaksamaan di seluruh dunia.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan