Mahasiswa Nasional Cadang Umno Wujudkan Akademi Kepimpinan, Debat

Diterbitkan: Jumaat, 6 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muhammad Hakim membahaskan usul ucapan dasar presiden yang masuk hari kedua sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 PWTC, Jumaat. Foto: BERNAMA
Muhammad Hakim membahaskan usul ucapan dasar presiden yang masuk hari kedua sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 PWTC, Jumaat. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Umno perlu mewujudkan Akademi Kepimpinan dan Akademi Debat bagi membina generasi pelapis kepimpinan negara serta mengasah bakat pemimpin baharu.

Wakil Mahasiswa Nasional Muhammad Hakim Jaafar berkata pemimpin generasi pelapis perlu dilatih untuk menerangkan dan memaklumkan segala dasar serta agenda terkini pembangunan negara kepada golongan muda.

"Zaman sekarang orang muda lebih cenderung kepada kewujudan dalil-dalil, maksudnya setiap perkara yang disuruh andai tidak diterangkan dengan betul kenapa kita perlu buat seperti itu, orang muda akan memberontak, itu jiwa orang muda.

"Maka kita perlu melatih kader-kader muda supaya mereka dapat menerangkan kepada generasi ini dengan baik, selain melatih mereka supaya menjadi orator yang baik," katanya ketika membahaskan usul ucapan presiden Umno pada perhimpunan agung parti itu pada Jumaat.

Muhammad Hakim yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Umno Warwick dan Coventry, United Kingdom berkata anggota Umno sebagai sebahagian daripada sebuah keluarga besar mempunyai tanggungjawab untuk mempertahan dan memelihara maruah parti daripada dikhianati orang lain.

"Bacul kita kalau sebagai ahli keluarga kita membiarkan ahli keluarga kita difitnah, dicerca dan dimaki hamun oleh orang lain.

"Mahasiswa Nasional ingin menyeru kepada perpaduan sesama kita dan kami ingin mengajak semua agar sama-sama berikrar untuk membela dan mempertahankan parti dan keluarga kita," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan