"I'm Sorry Three, Five, Seven" Gamatkan Perbahasan Usul Ekonomi

Diterbitkan: Jumaat, 6 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kisah lucu mengenai seorang anak Melayu yang baharu belajar bahasa Inggeris sebagai persediaan melanjutkan pelajaran di luar negara, menggamatkan sesi perbahasan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2013 pada Jumaat.

Perwakilan dari Wilayah Persekutuan, Afendi Zahari berkata, kisah itu berlaku di lapangan terbang apabila pelajar dari Pantai Timur tersebut terlanggar seorang warga asing dan cuba meminta maaf dalam bahasa Inggeris.

"Masa dekat tangga airport, budak ini terlanggar 'orang putih', lepas itu dia cakap 'I am sorry', disambut lelaki itu dengan 'I'm sorry too', bila dia dengar perkataan 'too', budak inipun jawab 'I'm sorry three'.

"Hairan dengan jawapan budak ini, lelaki itu tanya 'what for?', budak ini kemudian jawab lagi 'I'm sorry five'," kata Timbalan Ketua Umno Titiwangsa itu.

Katanya, mendengar jawapan budak itu yang tidak habis-habis meminta maaf, warga asing yang mula naik jemu itu berkata: "I'm sick of this".

Meneruskan ceritanya, Afendi berkata tanpa menyedari yang dia telah membuatkan warga asing itu hilang sabar, sebagai orang Melayu yang beradab, pelajar berkenaan berterusan meminta maaf dengan mengatakan "I'm sorry seven".

"Inilah masalahnya kalau kita tidak tahu cakap orang putih," katanya, disambut hilai ketawa anggota perwakilan yang hadir.

Bagaimanapun, katanya, iktibar daripada kisah kelakar itu cukup besar kerana ia menunjukkan betapa pentingnya penguasaan bahasa Inggeris bermula sejak sekolah dan kesungguhan seorang anak kampung untuk menguasai bahasa global tersebut tanpa segan dan malu.

Sebelum menceritakan kisah itu, gelagat Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Badruddin Amiruldin yang berseloroh dalam bahasa Inggeris pasar (broken English) dengan Afendi yang meminta maaf kerana kerap bertutur dalam bahasa Inggeris ketika berbahas, turut menarik perhatian perwakilan.

"What sorry-sorry... where are you educated from (Apa maaf-maaf...kamu belajar di mana)?" tanya Badruddin, dan dijawab Afendi yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang: "England, Tan Sri".

"I'm educated from Yan (Kedah) (Saya bersekolah di Yan)," balas Badruddin yang membuatkan dewan persidangan riuh dengan ketawa perwakilan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan