Chua Tee Yong Umum Tanding Naib Presiden MCA

Diterbitkan: Jumaat, 6 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chua Tee Yong. Foto IZZRAFIQ ALIAS / THE STAR
Chua Tee Yong. Foto IZZRAFIQ ALIAS / THE STAR

KUALA LUMPUR: Ketua Biro Profesional Pemuda MCA, Datuk Chua Tee Yong mengumumkan beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti itu 21 Disember ini.

Anak Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek itu turut mengumumkan pasukannya, yang terdiri daripada anggota jawatankuasa pusat MCA termasuk Datuk Lee Chee Leong serta 13 ketua bahagian, akan bertanding jawatan naib presiden dan 13 jawatan anggota jawatankuasa pusat parti berkenaan.

Tee Yong yang turut mengumumkan bahawa Lee akan turut bertanding jawatan Naib Presiden, bagaimanapun enggan mengulas lanjut kumpulan ini akan menyokong siapa untuk jawatan presiden dan timbalan presiden parti.

Selain Chua dan Lee, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun Dr Leong Yong Kong, yang juga Ketua MCA bahagian itu, mengesahkan akan bertanding bagi merebut jawatan naib presiden.

Turut hadir pada sidang akhbar Tee Yong ialah Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Johor Datuk Teoh Siew Hock, Timbalan Ketua Pemuda MCA Datuk Mah Hang Soon, Setiausaha Organisasi Datuk Tan Chin Meng, Anggota Parlimen Alor Gajah Datuk Koh Nai Kwong dan Pengerusi MCA Melaka Datuk Gan Tian Loo.

Mereka akan bertanding jawatan jawatankuasa pusat.

Tee Yong, yang mengetuai pasukan itu, berkata mereka akan hanya bertanding dua jawatan naib presiden serta 13 jawatan anggota jawatankuasa pusat.

Dalam sidang media berasingan, Ketua Pemuda MCA bahagian Batu, Datuk Goh Gaik Meng mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan parti kali ini.

Katanya, beliau bertanding atas dasar untuk mengembalikan sokongan anggota terhadap parti dan mentransformasi MCA dalam usaha menampilkan imej baharu kepada rakyat.

Goh bakal berdepan Ketua Biro Pendidikan Pemuda MCA Choong Sin Woon, yang telahpun mengumumkan hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan parti. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan