Ambil Lebih Ramai Wanita Dalam Syarikat GLC - Wakil Wanita Umno

Diterbitkan: Jumaat, 6 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang mengambil lebih ramai kaum wanita bagi menerajui syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai langkah permulaan memperkasa kedudukan wanita.

Wakil Pergerakan Wanita Umno Datuk Noraini Ahmad berkata sekiranya diberikan peranan yang lebih besar, langkah itu dapat dijadikan contoh kepada syarikat-syarikat lain terutama syarikat swasta di negara ini.

"Kalau ambil ahli lembaga pengarah setakat nak cukupkan kuota payah juga...Sekurang-kurangnya ambillah dua orang.

"Kalau ambil dua orang, GLC boleh bergerak ke hadapan jadi contoh kepada syarikat swasta. Kalau GLC tak jadi contoh bagaimana syarikat lain nak ikut?," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Beliau yang merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian Parit Sulong berkata kerajaan juga perlu memantau peratusan golongan wanita dan bumiputera di sektor awam dan swasta.

Beliau mencadangkan agar satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) berkaitan gender diletakkan dalam agensi dan syarikat supaya ia seiring dengan dasar kerajaan Barisan Nasional.

Jelasnya, walaupun pelbagai inisiatif dan program telah dilaksanakan dalam memperkasakan golongan bumiputera dan golongan wanita khususnya, namun jumlah terlalu sedikit.

"Kita sokong pelbagai program dan inisiatif yang kerajaan laksanakan...cuma apa yang kita nak tegaskan ialah pemantauan penglibatan wanita Melayu dan bumiputera yang harus diberi perhatian.

"Kadang-kadang memang ada wanita tetapi wanita itu bukan wanita Melayu dan bumiputera yang peratusannya sangat sedikit," katanya.

Beliau berkata berdasarkan kaji selidik, kadar penyertaan wanita Malaysia di pasaran kerja juga menunjukkan ia masih berada di peringkat rendah iaitu 47 peratus berbanding negara-negara lain.

Beliau memberi contoh Singapura yang mencatat kadar penyertaan sebanyak 60 peratus dan Thailand 70 peratus.

"Peratusan kita masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah pelajar wanita di Malaysia di institusi pengajian tinggi iaitu 67 peratus," katanya.

Dalam pada itu beliau tetap mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana telah melantik tujuh orang wanita di Kabinet iaitu dua memegang jawatan menteri dan lima memegang jawatan timbalan menteri.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan