Najib Rasmi Perhimpunan Agung Umno 2013

Diterbitkan: Khamis, 5 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2013 bermula Khamis dengan acara perasmian oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Najib yang tiba pada pukul 9 pagi bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin Umno lain.

Muhyiddin dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kemudiannya mempersilakan Najib ke pentas khas untuk menerima tabik hormat dan dibawa memeriksa perbarisan melibatkan 150 anggota dari ketiga-tiga sayap Umno iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri diketuai Mohd Noor Afinddie Rositi.

Najib diiringi Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Puteri Mas Ermieyati Samsudin sewaktu memeriksa perbarisan.

Upacara menaikkan bendera Umno oleh Najib menyusul dengan diiringi nyanyian lagu Umno 'Bersatu Bersetia Berkhidmat' oleh 5,726 perwakilan.

Ia disusuli dengan ucapan perasmian oleh Najib diikuti sesi pembentangan usul dan perbahasan oleh perwakilan.

Najib juga dijadual menghadiri majlis jamuan makan malam bersama perwakilan di Dewan Tun Razak 1 di sini, malam ini.

Perhimpunan Agung Umno kali ini melakar sejarah apabila buat julung kalinya memberi peluang kepada tiga mahasiswa untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada perhimpunan itu.

Sesi pleno turut diadakan dua hari berturut-turut sejak Isnin bertajuk 'When Moderation Is Sideline, Ignorance Causes and Perpetuates Conflict' dengan menampilkan 121 delegasi dari 25 negara. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan