Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat Mendadak

Diterbitkan: Khamis, 5 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kelihatan penduduk terpaksa meredah banjir di bandar Rantau Panjang selepas dinaiki air sejak awal pagi Khamis. Tinjauan di sesetengah tempat di kawasan rendah mendapati air banjir sudah mula melimpah. -fotoBERNAMA
Kelihatan penduduk terpaksa meredah banjir di bandar Rantau Panjang selepas dinaiki air sejak awal pagi Khamis. Tinjauan di sesetengah tempat di kawasan rendah mendapati air banjir sudah mula melimpah. -fotoBERNAMA

KOTA BAHARU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di lima jajahan di Kelantan malam Khamis naik mendadak menjadikan kesemuanya berjumlah 2,078 orang berbanding 1,284 orang di sebelah petang.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, lebih ramai penduduk yang tinggal di Rantau Panjang dipindahkan berikutan limpahan air Sungai Golok yang terus meningkat naik.

Jajahan Kuala Krai masih menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 762 orang dan berada di enam buah pusat pemindahan diikuti Pasir Mas di Rantau Panjang iaitu 681 orang yang ditempatkan di lima pusat pemindahan.

Pada sebelah petang, hanya 21 orang yang direkodkan berpindah di Rantau Panjang sebelum bencana itu terus merebak ke beberapa buah kampung lain.

Di Machang kini 230 orang masih ditempatkan di lima buah pusat manakala di Pasir Puteh 210 orang berada di tiga buah pusat.

Satu lagi jajahan yang terjejas adalah di Tanah Merah yang menempatkan seramai 186 orang di lapan buah pusat.

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang dilaporkan terus meningkat melebihi paras bahaya iaitu 10.39 meter melebihi bahaya 9 meter.

Sungai Lebir pada bacaannya di Tualang dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard juga masih berada pada melebihi bahaya iaitu di Tualang 35.48 meter (bahaya 35 meter) dan Jambatan Guillemard 16.84 meter (bahaya 16 meter).

Satu lagi bacaan di Sungai Kelantan iaitu di Tangga Krai bagaimanapun dilaporkan telah surut pada paras amaran berikutan tiada hujan sepanjang hari.

Menurut portal itu, tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan kecuali beberapa jalan alternatif di Kuala Krai dan Pasir Mas yang ditutup kepada kenderaan ringan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan cuaca pada malam Khamis adalah baik. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan