Lee Guan Aik Dakwa Masih Pengerusi DAP Kedah Yang Sah

Diterbitkan: Khamis, 5 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lee Guan Aik
Lee Guan Aik

ALOR SETAR: Lee Guan Aik, yang disingkirkan DAP pusat, mendakwa Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkan beliau masih Pengerusi DAP Kedah yang sah mengikut perlembagaan parti.

Beliau berkata perkara itu dijelaskan oleh ROS dalam surat yang diambilnya sendiri di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya, Rabu.

Justeru, Lee mahu Setiausaha Agung DAP Lee Guan Eng menghormati keputusan ROS itu.

"Saya masih lagi pengerusi DAP Kedah yang sah kerana dilantik menerusi mesyuarat agung tahunan pada 2010 mengikut perlembagaan parti," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, Khamis.

Berdasarkan surat ROS itu, Lee berkata pelantikan Zairil Khir Johari sebagai pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah dan anggota jawatankuasa itu oleh DAP pusat juga adalah tidak sah.

Sehubungan itu, katanya surat yang dikeluarkan Zairil bagi sesi dialog cawangan-cawangan DAP di Kedah pada 9 dan 10 Dis ini adalah tidak sah.

Lee berkata beliau akan meneruskan tanggungjawab sebagai pengerusi DAP Kedah sehingga mesyuarat agung parti diadakan tahun depan.

Pada 19 November lepas, 13 cawangan DAP di Kedah menggesa CEC membubarkan Jawatankuasa Interim negeri ini kerana mendakwa ia punca utama kekalutan yang melanda DAP Kedah. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan