Lebih Ramai Peguam Syariah Wanita Akan Dilantik - Jamil Khir

Diterbitkan: Khamis, 5 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jamil Khir menerima kunjungan hormat Imam Masjidil Haram Makkah, Syeikh Dr Khalid Ali Al-Ghamidi (kanan) sempena Perhimpunan Agung Umno 2013. - fotoBERNAMA
Jamil Khir menerima kunjungan hormat Imam Masjidil Haram Makkah, Syeikh Dr Khalid Ali Al-Ghamidi (kanan) sempena Perhimpunan Agung Umno 2013. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Lebih ramai golongan wanita akan dilantik sebagai peguam syariah bagi memastikan nasib wanita dan kanak-kanak yang teraniaya mendapat pembelaan sewajarnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata wanita serta kanak-kanak yang menjadi mangsa seperti dalam kes penderaan dan penceraian mungkin lebih selesa menerima khidmat peguam syariah wanita.

Jamil Khir, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata sebenarnya ramai wanita tidak mengetahui hak mereka dalam perundangan Islam apabila diceraikan atau menghadapi masalah rumah tangga.

"Kita lebih memerlukan ramai peguam syariah berbanding hakim wanita di Mahkamah Syariah. Dengan peguam syariah wanita ini, banyak kes penganiayaan wanita akan dapat diatasi," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Wanita Umno, Rabu.

Beliau mengulas cadangan perwakilan Wanita Umno Johor Haslinda Salleh yang mahukan lebih ramai wanita dilantik sebagai hakim di Mahkamah Syariah.

Meskipun pelantikan peguam syariah adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam negeri, Jamil Khir berkata beliau akan cuba membawa cadangan itu untuk perhatian dan tindakan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan