KDN Kerah Lebih 2,000 Anggota Polis Bantu Mangsa Banjir - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Khamis, 5 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengerahkan 2,443 pegawai dan anggota polis di Terengganu, Pahang, Johor, Kelantan dan Melaka yang kini dilanda banjir, untuk membantu mangsa banjir di bawah Ops Banjir.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata 310 bot Polis Diraja Malaysia (PDRM) digunakan untuk membantu mangsa banjir.

Selain itu, 1,002 petugas Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut ditempatkan di lima negeri yang dilanda banjir dan semuanya bertugas di 257 pusat pemindahan.

JPAM turut menggunakan pelbagai aset untuk membantu mangsa termasuk 97 bot, 53 kenderaan pacuan empat roda dan 42 lori, kata Ahmad Zahid dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau berkata Ops Banjir juga melibatkan 1,967 anggota Pasukan Relawan Malaysia (Rela) yang kini membantu mangsa banjir di 71 pusat pemindahan.

Ahmad Zahid berkata daripada laporan yang diterima, keadaan banjir di Kuantan lebih teruk daripada tahun lepas.

Beliau berkata selain agensi dan jabatan di bawah KDN, beberapa kementerian lain dan agensi mereka juga terlibat membantu mangsa banjir seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara dalam satu gerakan bersepadu.

Sehingga Rabu, banjir di Pahang meragut satu nyawa, Mohamed Alif Khalid, 21, yang dijumpai lemas di Sungai Kampung Sepial, Kuala Tembeling, Jerantut.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, berkata pihaknya sentiasa memantau dan memberi bantuan kepada pihak yang memerlukan.

Mengenai masalah kehilangan dokumen pengenalan diri seperti MyKad, sijil kelahiran atau sijil kahwin yang dialami mangsa banjir, Ahmad Zahid berkata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menawarkan perkhidmatan gantian yang cepat dan percuma.

"Semua pejabat JPN di negeri terbabit (banjir) telah diarah bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir supaya mangsa-mangsa banjir diberi gantian dokumen diri," kata Ahmad Zahid.

Pada masa sama, Jabatan Imigresen turut menawarkan kemudahan gantian pasport secara percuma kepada mereka yang kehilangan atau mengalami kerosakan dokumen itu tertakluk kepada syarat tertentu seperti pasport masih mempunyai tempoh sah laku.

"Pemohon perlu kemukakan bukti seperti surat atau laporan pengesahan banjir daripada pegawai daerah, penghulu atau ketua kampung.

"Bayaran seperti biasa akan dikenakan jika pasport itu telah tamat tempoh atau kurang daripada enam bulan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan