Wanita, Pemuda Dan Puteri Mula Bersidang

Diterbitkan: Rabu, 4 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan agung tiga sayap Umno bermula 8 pagi Rabu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dengan ketua masing-masing menyampaikan ucapan dasar disusuli dengan pembentangan usul dan perbahasan.

Pergerakan Wanita bersidang di Dewan Tun Hussein Onn, Pemuda di Dewan Merdeka dan Puteri di Dewan Tun Dr Ismail.

Ketiga-tiga sayap mengadakan perhimpunan agung masing-masing sebelum Perhimpunan Agung Umno 2013 selama tiga hari bermula Khamis.

Wanita akan memfokuskan kepada usaha mengangkat martabat wanita ke tahap lebih tinggi menerusi pembentangan tiga usulnya iaitu ucapan dasar, ekonomi serta pendidikan, agama dan sosial.

Sementara Pemuda pula dijangka membincangkan mengenai penambahbaikan sistem pemilihan parti selain isu kepentingan rakyat seperti pekerjaan, perumahan, peluang perniagaan dan ekonomi Melayu.

Isu politik, ekonomi, agama, pendidikan serta ucapan dasar akan diberi tumpuan dalam persidangan Puteri.

Sebanyak 5,726 anggota perwakilan Umno dari seluruh negara dijadual menghadiri perhimpunan agung parti.

Daripada jumlah itu, 2,759 hadir untuk perhimpunan agung, manakala perhimpunan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri masing-masing akan disertai 989 anggota perwakilan.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan