Pindaan Akta 613 Awasi Pindahan Rentas Sempadan Wang Tunai

Diterbitkan: Rabu, 4 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pindaan terhadap Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2003 bertujuan mengawasi pindahan rentas sempadan wang tunai dan instrumen boleh niaga pembawa.

Rang undang-undang itu dibentangkan kali pertama oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini dan akan dibahaskan selepas bacaan kedua pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

Pindaan itu juga bertujuan mengesan dan membanteras pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan di negara ini.

Pindaan Fasal 26 memasukkan bahagian baharu membabitkan penambahan Bahagian IV A (Seksyen 28A hingga 28L) rang undang-undang itu.

Mengikut pindaan rang undang-undang itu, seseorang yang meninggalkan atau memasuki Malaysia dikehendaki mengisytiharkan kepada pihak berkuasa berwibawa jumlah wang tunai dan instrumen boleh niaga pembawa yang dibawa bersama yang melebihi nilai ditetapkan.

Selain itu, seseorang yang memindahkan wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa atau kedua-duanya ke dalam atau keluar dari Malaysia melalui perkhidmatan pos, kiriman cepat atau penghantar muatan atau melalui cara lain yang melebihi nilai ditetapkan perlu mengisytiharkan jumlah itu kepada pihak berkuasa berwibawa.

Bagaimanapun, peruntukan undang-undang itu tidak terpakai bagi pembawa penumpang dan pembawa barang secara komersial.

Pengisytiharan boleh dibuat dalam borang yang ditentukan oleh pihak berkuasa dan mengandungi maklumat lengkap dan tepat berhubung perkara yang diisytiharkan.

Mengikut peruntukan itu, sekiranya didapati seseorang itu disabitkan kesalahan membuat pengisytiharan palsu, tidak tepat atau tidak lengkap, dia boleh didenda tidak melebihi RM3 juta atau dipenjarakan tidak melebihi lima atau kedua-duanya sekali.

Mengikut Seksyen 28E, rang undang-undang itu memperuntuk seseorang yang menerima wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa atau kedua-duanya dari luar Malaysia melebihi nilai ditetapkan perlu mengisytiharkan amaun itu kepada pihak berkuasa dan mengemukakan maklumat lain yang dikehendaki.

Sekiranya gagal berbuat demikian, seseorang itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Rang undang-undang itu juga membenarkan seorang pegawai yang diberi kuasa menyiasat kesalahan terbabit, boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang dipercayai telah melakukan atau sedang cuba melakukan kesalahan iaitu gagal mengisytiharkan amaun yang dibawa.

Seseorang yang cuba menstruktur atau mengarahkan, membantu atau menyertai penstrukturan mana-mana pengangkutan atau pemindahan rentas sempadan wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa untuk mengelak daripada membuat pengisytiharan boleh dikenakan tindakan.

Mereka boleh didenda tidak lebih daripada lima kali ganda jumlah atau nilai agregat amaun wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa atau dipenjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, pindaan juga dibuat ke atas Seksyen 29 bertujuan meluaskan kuasa penyiasatan kepada kesalahan membiayai keganasan serta kesalahan penstrukturan transaksi untuk mengelak kehendak pelaporan.

Pindaan terhadap Seksyen 44, 45, 50, 51, 53, 55, 56 dan 59 dalam rang undang-undang itu bertujuan meluaskan kuasa untuk membekuan, menyita dan melucuthakkan harta dan kuasa sampingan lain kepada harta dengan munasabah disyaki hasil daripada aktiviti haram dan peralatan kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan