Perwakilan Perak Cadang Kerajaan Tubuh Majlis Tindakan Ekonomi Wanita

Diterbitkan: Rabu, 4 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ekonomi wanita di negara ini boleh diperkasakan dengan menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Wanita (MTEW).

Perwakilan dari Perak Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata MTEW boleh berfungsi seperti mana Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang ditubuhkan bagi menangani krisis ekonomi negara.

"Sebagaimana Majlis Tindakan Ekonomi Negara ditubuhkan pada 1988 untuk menangani krisis ekonomi negara, letakkanlah ekonomi wanita sebagai satu krisis ekonomi atau satu isu yang perlu diselesaikan.

"Khususkanlah wanita dengan memberi peluang dan bantuan untuk lebih bertapak dalam bidang ekonomi di negara ini," katanya ketika mencadangkan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2013 di sini, Rabu.

Beliau berkata langkah itu dicadangkan setelah melihat keadaan ekonomi bumiputera khususnya wanita yang masih tidak setanding kaum lain.

"Pakar berpendapat Malaysia mampu menjadi negara maju lebih awal dari tahun 2020.

"Ini satu hakikat yang menggerunkan. Keadaan ekonomi bumiputera terutama wanita masih tak setanding kaum lain," katanya.

Tambahnya, kecemerlangan dan kewibawaan wanita telah terbukti dalam banyak bidang termasuklah dalam bidang politik.

Ketua Wanita Umno Kampar ini memberi contoh bagaimana sayap wanita memainkan peranannya membantu kemenangan parti pada pilihan raya umum ke-13.

Dari segi pendidikan, beliau berkata kaum wanita juga mendominasi jumlah pelajar di institusi pengajian tinggi berbanding kaum lelaki.

Justeru katanya, wanita harus diberi peluang untuk menerajui ekonomi negara.

"Jangan hadkan pinjaman dan kemudahan untuk wanita.

"Kami berhak dapat yang setara dan sama rasa dengan kaum lelaki," katanya.

Tambahnya, wanita di negara ini juga masih terkebelakang dari segi pembuat keputusan khususnya di peringkat swasta.

Katanya, setakat ini hanya hanya enam wanita memegang jawatan ketua pegawai eksekutif daripada 44 jawatan dan hanya mewakili 17 peratus ahli lembaga pengarah.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan