Perwakilan Mahu PAS Ikhlas Bermuzakarah Dengan Umno

Diterbitkan: Rabu, 4 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Reaksi sebahagian para perwakilan Wanita Umno pada Persidangan Wanita Umno sempena Perhimpunan Agung Umno Ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC, Kuala Lumpur, Rabu.
Reaksi sebahagian para perwakilan Wanita Umno pada Persidangan Wanita Umno sempena Perhimpunan Agung Umno Ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC, Kuala Lumpur, Rabu.

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno menyambut baik cadangan muzakarah di antara Umno dan PAS tetapi mahu PAS melakukannya dengan ikhlas.

Perwakilan dari Kelantan Datuk Zaleha Husin berkata hanya dengan keikhlasan perpaduan umat Islam di negara ini dapat diwujudkan dan pemerintahan mengikut landasan Islam dapat dikekalkan.

"Sudah sampai masanya muzakarah Umno-PAS dijadikan agenda utama parti.

"Cuma PAS ini saya bimbang...dia (PAS) adalah pelakon merak kayangan yang hebat. Kalau dia kata nak bermuzakarah, Datuk Seri Jamil Khir kena intai, tengok betul ke dia nak muzakarah.

"Kadang-kadang kalau dia kata nak muzakarah, bila DAP tarik hidung dia sikit, pulas telinga dia..dia jadi lain dah tak jadi muzakarah, jadi 'mujakarah'," katanya ketika mambahaskan isu pendidikan dan agama di Perhimpunan Umno 2013 di sini, Rabu.

Dalam ucapannya beliau menegaskan jika benar PAS ikhlas mahu bermuzakarah untuk melihat kekuatan umat Islam di Malaysia dikekalkan, Umno akan bangun menghulurkan tangan.

"Pergerakan Wanita Umno dengan terbuka menghulurkan tangan untuk muzakarah ini dan berkata 'marilah PAS, kalau dia kata dia ikhlas," katanya.

Beliau turut mengibaratkan Umno dan PAS sebagai sebuah bangunan yang tidak akan runtuh.

Namun katanya, jika persengketaan masih tidak berkesudahan tidak mustahil empayar yang telah dibina Umno selama ini akan runtuh.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan supaya sayap wanita lebih tegas dan memainkan peranan dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa Umno merupakan satu-satunya parti yang merintis produk-produk Islam di negara ini sehingga dikagumi negara luar.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan