NPC Anjur Majlis Makan Malam Amal Pada 14 Disember

Diterbitkan: Rabu, 4 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mokhtar Hussin (enam, kiri) bergambar bersama para penaja selepas Majlis Penyerahan Cek Penaja untuk Majlis Makan Malam Untuk Kebajikan Wartawan bersama Sambutan 40 Tahun Kumpulan Blues Gang pada 14 Disember ini. Foto: BERNAMA
Mokhtar Hussin (enam, kiri) bergambar bersama para penaja selepas Majlis Penyerahan Cek Penaja untuk Majlis Makan Malam Untuk Kebajikan Wartawan bersama Sambutan 40 Tahun Kumpulan Blues Gang pada 14 Disember ini. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Malaysia akan menganjurkan majlis makan malam pada 14 Dis bagi mengumpul derma sekurang-kurangnya RM100,000 untuk mengisi Tabung Kebajikan Wartawannya.

Majlis ini, yang akan diadakan di Hotel Istana di sini pada pukul 8 malam, akan dimeriahkan dengan persembahan kumpulan muzik Blues Gang, yang menyambut ulang tahun ke-40 penubuhannya tahun ini, serta satu kumpulan pemuzik jalanan yang menamakan diri mereka Pokok Cherry.

Hari ini, tujuh daripada penaja utama majlis amal itu menyerahkan ikrar penajaan masing-masing kepada NPC di Wisma Bernama di sini. Tujuh syarikat berkenaan ialah The Star Publications, Malaysia Airports Holdings Berhad, CIMB Group, UEM Group Berhad, Malakoff Corporation Berhad, Sapura Kencana Petroleum Berhad dan Scomi Group Berhad.

Presiden NPC Mokhtar Hussein dalam ucapannya pada majlis penyerahan ikrar itu berkata Tabung Kebajikan Wartawan ditubuhkan pada 2009 untuk menjaga kebajikan wartawan dan tanggungan mereka.

"Ketika ini, kami mempunyai kira-kira RM50,000 dalam tabung ini dan semoga, melalui majlis makan malam ini, kami akan dapat mengumpul RM100,000 lagi," katanya.

Menurut Mokhtar, NPC mengalu-alukan pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat korporat yang ingin menyumbng kepada kepada tabung itu.

Maklumat tentang tiket dan tempahan meja untuk majlis ini boleh didapati dengan mengunjungi pejabat NPC yang beralamat di No. 84, Jalan Tangsi, Kuala Lumpur, atau menghubungi pengurusnya, Steven Foo melalui talian 019-2458073 atau e-mel kepada nationalpressclub@gmail.com. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan