Lebih 400 Orang Dipindahkan Di Kelantan

Diterbitkan: Rabu, 4 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kelihatan paras air Sungai Kelantan yang mula naik di Tambatan Diraja, Kota Baru  pada Rabu.
Kelihatan paras air Sungai Kelantan yang mula naik di Tambatan Diraja, Kota Baru pada Rabu.

KOTA BARU: Banjir yang melanda Kelantan menyebabkan 436 orang di jajahan Kuala Krai dipindahkan ke pusat pemindahan petang Rabu.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, sehingga 4 petang ini kesemua mangsa daripada 98 keluarga itu yang tinggal di Mengkebang dan Olak Jeram, dipindahkan ke lima pusat pemindahan.

Ia berikutan kenaikan paras air Sungai Lebir dan Sungai Kelantan sehingga melimpah. Setakat waktu itu, air Sungai Kelantan pada bacaan di Tangga Krai kini 25.28 meter melepasi tahao bahaya 25 meter manakala di Jambatan Guillemard 16.30 meter (bahaya 16 meter).

Sungai Lebir di Tualang juga melebihi paras bahaya dengan mencatatkan bacaan 35.56 meter (bahaya 35 meter).

Paras air di sungai-sungai lain dilaporkan meningkat berikutan hujan yang sesekali lebat di kebanyakan kawasan pedalaman negeri ini.

Tiada jalan utama yang dilaporkan terputus hubungan.

Sementara itu, Penyelia Kemajuan Masyarakat (Kemas) Rantau Panjang Mukhtar Mustafa meminta semua 25 taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Kemas membuat persiapan dengan menyimpan barang berharga seperti alat bantu mengajar, makanan dan perkakas elektrik di tempat tinggi.

Tahun lepas, Tabika-Tabika itu ditenggelami air dan jika banjir berlarutan hingga Januari depan, Tabika akan dibuka semula lewat daripada jadual, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan