Keadaan Banjir Semakin Buruk Di Pahang, Dua Beranak Dikhuatiri Lemas

Diterbitkan: Rabu, 4 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERGELAP... Pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pencawang Masuk Utama Utara TNB Kuantan melakukan pemeriksaan selepas kawasan itu ditenggelami banjir. - FotoBERNAMA
BERGELAP... Pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pencawang Masuk Utama Utara TNB Kuantan melakukan pemeriksaan selepas kawasan itu ditenggelami banjir. - FotoBERNAMA

KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk apabila lebih 20,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir, manakala dua beranak dikhuatiri lemas ketika sedang memindahkan barangan di Perkampungan Sungai Isap malam Rabu.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kedua-dua beranak itu dikatakan cuba memindahkan barangan dari rumah mereka yang ditenggelami air di Perkampungan Sungai Isap menggunakan sebuah bot jenis fiber.

Kedua-dua beranak itu, Jamal Ali, 40-an, yang juga AJK Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai 'Megat' berusia belasan tahun dikatakan terjatuh ke dalam air ketika memindahkan barangan dari rumah mereka kira-kira jam 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun butiran lengkap mengenai kejadian itu masih belum diperoleh.

"Pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan mangsa terbabit," katanya.

Bernama difahamkan kedua-dua beranak itu menggunakan bot fiber milik persendirian dan bukannya milik pasukan penyelamat bagi memindahkan barangan mereka.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan banjir IPK Pahang berkata Lipis menjadi daerah keenam dilanda banjir apabila 11 mangsa banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.

Daerah Kuantan masih mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 14,044 orang yang ditempatkan di 46 pusat pemindahan.

Di Rompin, sejumlah 4,144 mangsa banjir ditempatkan di 13 pusat pemindahan, di Pekan 3,061 mangsa banjir di 13 pusat pemindahan, di Maran 1,005 mangsa di tujuh pusat pemindahan dan di Jerantut 130 mangsa di empat pusat pemindahan.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir setakat 10 malam Rabu ialah 22,395 orang. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan