Hishammuddin Masih Perlukan Rawatan Lanjut Di Hospital - Berita Semasa | mStar

Hishammuddin Masih Perlukan Rawatan Lanjut Di Hospital

Diterbitkan: Rabu, 4 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein masih memerlukan rawatan lanjut selepas menjalani prosedur angioplasti di sebuah hospital swasta di sini Isnin.

Beliau kini berada di bawah pengawasan doktor di hospital itu.

Menurut kenyataan pejabat Menteri Pertahanan pada Selasa, doktor pakar menasihatkan Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno supaya berehat buat sementara waktu.

Hishammuddin, 52, menjalani prosedur angioplasti itu selepas disahkan mengalami masalah saluran arteri sempit. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan