Heng Umum Tanding Jawatan Ketua Wanita MCA

Diterbitkan: Rabu, 4 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Heng Seai Kie.
Heng Seai Kie.

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kiepada Rabu mengumumkan beliau akan bertanding jawatan Ketua Wanita dalam pemilihan parti 21 Disember ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah berbincang dan mendapat sokongan dan restu 11 ketua wanita MCA bahagian yang juga akan bertanding pelbagai jawatan dalam Wanita MCA bersama-sama beliau.

"Mereka telah membentuk satu pasukan bagi menyokong saya dan akan bertanding dari jawatan Naib Ketua Wanita sehinggalah bagi jawatan anggota jawatankuasa pusat Wanita MCA," katanya pada satu sidang media di Wisma MCA di sini.

Namun, Heng berkata beliau masih menunggu MCA Sabah dan Pahang yang masih belum memutuskan calon yang sesuai untuk bertanding.

Katanya 11 ketua-ketua wanita negeri yang disahkan bertanding ialah dari Terengganu, Johor, Kedah, Kelantan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, dan Melaka. Mereka termasuk Ooi Saw Choo (Wilayah Persekutuan), Wong You Fong (Johor), Ong Chong Swen (Selangor), katanya.

Pemilihan kepimpinan tertinggi MCA ditetapkan pada 21 Disember dengan pencalonan pada 16 Disember, sementara pemilihan bagi sayap Pemuda dan Wanita masing-masing pada 19 dan 20 Disember. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan