Bencana Banjir Zahir Kecaknaan Ketua Puteri Umno Baharu

Diterbitkan: Rabu, 4 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mas Ermiyanti (tengah) bergambar selepas membuat ucapan penangguhan pada Persidangan Puteri Umno sempena Perhimpunan Agung Umno Ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Rabu. Foto AZHAR MAHFOF/The Star
Mas Ermiyanti (tengah) bergambar selepas membuat ucapan penangguhan pada Persidangan Puteri Umno sempena Perhimpunan Agung Umno Ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Rabu. Foto AZHAR MAHFOF/The Star

KUALA LUMPUR: Biarpun sibuk dengan Perhimpunan Agung Umno 2013, kecaknaan Ketua Puteri yang baharu Mas Ermieyati Samsudin terzahir apabila beliau mengarahkan jentera pergerakan itu turun padang meninjau keadaan mangsa banjir di Pahang.

Meluahkan kebimbangan dengan keadaan masyarakat yang ditimpa bencana itu, beliau berkata Puteri akan menghulur bantuan segera berbentuk wang tunai berjumlah RM50,000 daripada RM131,988 yang dikumpul melalui Tabung Prihatin Puteri.

"Kita sangat bersimpati dengan kejadian itu dan bantuan berbentuk wang tunai yang disumbang Puteri adalah bagi membolehkan mangsa membeli apa sahaja keperluan.

"Walaupun ada beberapa perwakilan Pah ang yang terpaksa berada di persidangan ini tetapi kita mempunyai ramai lagi jentera di negeri itu dan telah meminta mereka segera turun padang sedaya upaya menghulurkan bantuan sewajarnya," katanya.

Mas Ermieyati berkata beliau juga mendapat laporan berhubung situasi banjir yang kini melanda beberapa negeri lain dan akan segera menggerakkan jentera pergerakan itu berdasarkan situasi semasa.

Ketua Puteri Temerloh Suhaya Elly Rosli berkata beliau kini menunggu cawangan pergerakan itu di bahagiannya untuk melaporkan jumlah pusat pemindahan banjir yang dibuka.

"Kami akan memberi sumbangan dalam bentuk barang keperluan seperti lampin pakai buang, makanan dan pelbagai keperluan lagi," katanya.

Suhaya Elly berkata situasi di Pahang dimaklumkan kepadanya oleh saudara mara kerana beliau berada di Kuala Lumpur sejak Isnin lepas.

Setakat petang ini, keadaan banjir di Pahang semakin buruk dan menyaksikan semakin ramai mangsa dipindah ke pusat pemindahan berikutan hujan lebat tidak henti-henti sejak beberapa hari lalu.

Menurut laporan Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, sehingga 11 pagi, sebanyak 11,721 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan, Rompin, Pekan, Maran dan Jerantut.

Sementara itu, Ketua Puteri Pasir Puteh Marshela Ali berkata walaupun keadaan banjir di Kelantan tidak seteruk di Pahang, beliau sudah mengarahkan jentera pergerakan itu melakukan persiapan sewajarnya.

Ia termasuk memujuk orang ramai yang tinggal berhampiran sungai untuk segera berpindah, jika air mulai naik.

"Berdasarkan pengalaman lalu, jika hujan berterusan beberapa hari tanpa henti, Pasir Puteh akan dilanda banjir dan sebagai langkah awal saya telah meminta Naib Puteri bahagian iaiatu Norhayati Rain pulang serta memantau keadaan semasa," katanya.

Sehingga 4 petang, banjir yang melanda Kelantan menyebabkan 436 orang di jajahan Kuala Krai terpaksa dipindah ke pusat pemindahan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan