Bekalan Elektrik Di Bandar Kuantan Hampir Pulih Sepenuhnya

Diterbitkan: Rabu, 4 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TERBURUK... Penduduk Kampung Bukit Rangin menyelamatkan ahli keluarga dan beberapa  barangan penting selepas kampung mereka ditenggelami banjir hingga ke paras bumbung rumah ketika tinjauan fotoBernama di Kuantan, Rabu.
TERBURUK... Penduduk Kampung Bukit Rangin menyelamatkan ahli keluarga dan beberapa barangan penting selepas kampung mereka ditenggelami banjir hingga ke paras bumbung rumah ketika tinjauan fotoBernama di Kuantan, Rabu.

KUANTAN: Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya memulihkan hampir sepenuhnya bekalan eletrik yang terputus di sekitar bandar Kuantan akibat banjir.

Pengurus Bahagian Bekalan TNB Pahang Datuk Ir Abdul Halim Baharuddin berkata bekalan elektrik di sekitar bandar Kuantan terpaksa diputus berikutan air yang naik secara mendadak di dua Pencawang Masuk Utama TNB sejak petang Selasa.

"Semalam (Selasa), berikutan air banjir kita terpaksa memutuskan bekalan keseluruhan bandar Kuantan sebab kita nak menyelamatkan pencawang daripada mengalami kerosakan lebih teruk.

"Ini untuk menjamin kesinambungan bekalan jangka panjang dan menjaga keselamatan kesan daripada kenaikan paras air (di pencawang tersebut)," kepadanya kepada pemberita selepas meninjau pusat kawalan Pencawang Masuk Utama Kuantan di sini, Rabu.

Namun katanya, bekalan elektrik berjaya disambungkan semula selepas paras air di pencawang masuk utama di Tanjung Gelang kembali surut.

Abdul Halim berkata penjanaan semua pencawang itu dapat menampung bekalan elektrik hampir 90 peratus untuk sekitar bandar Kuantan.

Katanya pencawang masuk utama Kuantan Utara pula dijangka dapat beroperasi semula malam ini bergantung kepada keadaan banjir.

Beliau berkata masalah bekalan elektrik yang dihentikan selama 12 jam itu membabitkan kira-kira 60,000 pengguna. Di KEMAMAN, pemotongan bekalan elektrik dijalankan secara berperingkat mulai semalam disebabkan pencawang dimasuki air bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini.

Pengurus Besar TNB Terengganu Ir Sahareena Mukhtar berkata sehingga pukul 2 petang ini, bekalan elektrik dipotong dari 141 pencawang di semua kawasan di Kemaman dan menjejaskan sekitar 5,000 hingga 6,000 pengguna.

Sahareena memberitahu Bernama langkah itu diambil memandangkan banjir di Kemaman naik melebihi paras bahaya sekarang.

Beliau berkata TNB akan membuat pemantauan secara berterusan dan bekalan eletrik akan disambung semula secara beperingkat apabila air surut.

Sehubungan itu, beliau meminta pengguna yang diarahkan berpindah supaya tutup semua suis utama sebelum meninggalkan rumah masing-masing bagi mengelak berlaku litar pintas. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan