Banjir Di Johor Belum Jejaskan Peperiksaan SPM

Diterbitkan: Rabu, 4 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Banjir yang melanda enam daerah di Johor belum menjejaskan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setakat ini, kata Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor A. Ghani.

Beliau berkata terdapat 382 pusat peperiksaan di seluruh negeri dan pihaknya menerusi jawatankuasa banjir sentiasa memantau perkembangan sepanjang peperiksaan berjalan.

"Tiada calon yang terjejas kecuali beberapa pengawas peperiksaan di Mersing, yang menghadapi kesulitan untuk ke pusat peperiksaan, petang ini akibat jalan yang terputus hubungan," katanya ketika dihubungi, di sini, Rabu.

Sehubungan itu, katanya pengawas peperiksaan tersebut akan dihantar pasukan tentera untuk ke SMK Nitar memandangkan laluan ke sekolah berkenaan hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Katanya, terdapat seramai 57,090 calon SPM di negeri ini dengan sebahagian daripada mereka masih menduduki peperiksaan sehingga Jumaat ini.

"Pelajar diminta menghubungi sekolah masing-masing sekiranya mengalami masalah untuk ke pusat peperiksaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor Suhairi Hashim berkata 67 penduduk Orang Asli Kampung Peta dan tujuh petugas Taman Negara Endau-Rompin ditempatkan di Kompleks Pelawat taman berkenaan setelah kawasan itu dinaiki air.

"Taman Negara Endau-Rompin kini hanya boleh dimasuki menggunakan laluan sungai dan pasukan tentera bersama pegawai perubatan serta jururawat sudah dihantar ke kompleks terbabit hari ini untuk merawat penduduk," katanya.

Katanya taman negara berkenaan ditutup kepada pengunjung sejak 1 Nov lepas, ekoran musim tengkujuh.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan