Banjir: 7,500 Pengguna Di Terengganu Alami Gangguan Bekalan Air

Diterbitkan: Rabu, 4 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 7,500 pengguna Syarikat Air Terengganu (Satu) di beberapa daerah di negeri ini yang dilanda banjir, mula mengalami gangguan bekalan awal pagi Rabu disebabkan rumah pam tidak dapat beroperasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Satu Husain Embong berkata jumlah pengguna paling ramai terjejas ialah di Kemaman sebanyak 5,100 pengguna di kawasan Cheneh, Cerul, Felda Neram, Kampung Air Putih dan Kampung Bandi berikutan rumah pam di Loji Rawatan Air Cerul dinaiki air.

"Di Kampung Tapu dan Kampung Pantai Ali di Hulu Terengganu pula mencatat bilangan 1,400 pengguna. Bekalan air terputus berikutan paip retikulasi rosak teruk akibat kejadian tanah runtuh di Kampung Kuala Kejil.

"Selain itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga telah memotong bekalan elektrik di kawasan Sungai Pinang, Setiu kerana 'sub station' TNB ditenggelami air," katanya dalam kenyataan, Rabu.

Rumah pam air mentah di Loji Rawatan Air Jerangau turut mengalami gangguan bekalan elektrik dan kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.

Menurut kenyataan itu, paras air Sungai Tepus, Bukit Besi, Dungun sudah melebihi paras berjaga-jaga dan didapati sudah memasuki kawasan loji rawatan di kawasan itu dan operasi loji itu terpaksa diberhentikan jika paras air terus naik.

Satu juga sedang memantau paras air di semua loji rawatan air, rumah pam dan semua pepasangan paip Satu.

"Kita akan menghantar bekalan air tangki bagi kawasan-kawasan yang mengalamai gangguan bekalan air terutama di pusat-pusat permindahan banjir.

"Dalam situasi seperti ini, pihak Satu berharap pengguna dapat bersabar dan kami sedang berusaha sebaik mungkin bagi meminimumkan dan mengatasi masalah gangguan bekalan air," katanya.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan menggunakan air secara berhemah dan jika masalah gangguan bekalan air berterusan, boleh menghubungi Pusat Aduan Satu di talian 1300 882 111. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan