ATM Gerakkan Op Murni Bantu Mangsa Banjir Di Pahang, Johor & Terengganu

Diterbitkan: Rabu, 4 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menggerakkan operasi khas dikenali sebagai Op Murni untuk memberikan bantuan menyelamat kepada mangsa banjir di Pahang, Johor dan Terengganu.

"Sehingga hari ini, mangsa dianggarkan seramai 20,378 orang di 164 pusat pemindahan.

"Kementerian Pertahanan melahirkan rasa simpati terhadap mangsa-mangsa banjir di Pahang, Johor dan Terengganu serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban," kata kementerian dalam kenyataan di sini, Rabu.

Justeru itu, kementerian menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati semasa banjir dan sentiasa mendengar nasihat pihak berkuasa dan pasukan keselamatan.

Operasi menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu melibatkan beberapa trup dan aset di bawah kawasan tanggungjawab tiga divisyen.

Di Kuantan, Maran, Pekan, Rompin dan Jerantut di Pahang, trup yang terlibat ialah 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanise, satu Kor Armor Diraja (KAD) dengan kekuatan 12 pegawai dan 178 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) serta dua pegawai dan 33 LLP dari trup Gerup Gerak Khas (GGK).

Aset yang terlibat ialah 16 bot, 16 kenderaan 3 tan, empat Land Rover serta enam buah kenderaan TATRA 7 tan. Di Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi, Kluang, Segamat dan Mersing di Johor, satu trup Rejimen Renjer Diraja (RRD) dengan kekuatan seorang pegawai dan 31 LLP manakala aset terlibat ialah dua bot, dua kenderaan 3 tan serta dua buah kenderaan TATRA 7 tan.

Sebanyak dua kenderaan TATRA 7 tan turut ditempatkan di Terengganu.

Pangkalan Udara Kuantan pula dipertanggungjawab membantu Majlis Keselamatan Negara memantau tujuh pusat pemindahan banjir termasuk di Balai Raya Sungai Soi dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar.

Aset Tentera Udara Diraja Malaysia melibatkan sebuah pesawat Nuri dari Skuadron Search and Rescue (SAR) pula diarah membuat penerbangan menyelamat di kawasan Paya Besar dan menyelamatkan empat mangsa banjir yang seterusnya dipindahkan ke pusat penempatan banjir di SMK Paya Besar.

Menurut kenyataan itu, ATM sentiasa memantau perkembangan banjir di Pahang dan Johor selain menyediakan pelan tindakan termasuk bantuan lojistik untuk banjir dan semua trup berada dalam keadaan siap sedia untuk digerakkan sekiranya diperlukan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan