10,000 Pengawal Keselamatan Dijangka Naik Ke Gred KP17

Diterbitkan: Rabu, 4 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kira-kira 10,000 pengawal keselamatan di seluruh negara yang kini berada di gred KP11 dan KP14 dijangka dinaikkan ke gred KP17 pada tahun depan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Beliau berkata kenaikan itu adalah wajar kerana tugas yang diamanah dan dipikul mereka dalam skop keselamatan pada masa kini amat mencabar termasuk keselamatan pada bangunan, aset, para pekerja serta pelajar.

Katanya hampir 50 peratus pengawal keselamatan kini berkhidmat di lebih 20 buah institusi pengajian tinggi awam dan selebihnya berkhidmat di enam agensi dan beberapa kementerian di Putrajaya.

"Kita telah adakan bengkel pada bulan lepas mengenai penambahbaikan gred pengawal keselamatan ini dan telah putuskan untuk dijumudkan lantikan mereka kepada KP17," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengawal-pengawal keselamatan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Kampus UTeM di sini Rabu.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam sedang membuat semakan mengenai permintaan Cuepacs itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan