Puteri Umno Tubuh Tiga Biro Baharu - Berita Semasa | mStar

Puteri Umno Tubuh Tiga Biro Baharu

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Puteri Umno menubuhkan tiga biro baharu untuk memantapkan peranan sayap itu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan merapatkan jalinan persaudaraan dengan masyarakat.

Ketuanya yang baharu, Mas Ermieyati Samsudin berkata biro terbabit ialah Biro Sahabat Puteri, Biro Media Sosial dan Digital, serta Biro IT dan Bioteknologi.

"Puteri telah membuat lantikan baharu untuk mengetuai ketiga-tiga biro yang ditubuhkan itu termasuklah juga 20 biro lama yang menyaksikan 70 peratus lantikan adalah barisan muka baharu," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas exco Puteri di Ibu Pejabat Puteri Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.

Dalam majlis yang turut dihadiri Naib Ketua Puteri Umno yang baharu Zahida Zarikh Khan, beliau turut melancarkan tabung kebajikan khas pergerakan iaitu 'Tabung Prihatin Puteri'.

Tabung itu kata Mas Ermieyati bagi membantu mangsa bencana alam dan musibah seperti banjir, ribut dan sebagainya.

"Sejak diwujudkan lapan hari lalu, tabung ini sudah mengumpul hampir RM130,000 daripada Puteri bahagian seluruh negara. "Daripada jumlah itu sebanyak RM50,000 akan diberi masing-masing kepada mangsa taufan Haiyan di Filipina dan banjir di seluruh negara, manakala selebihnya akan diguna untuk bencana-bencana lain," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan