Pindaan Akta SPRM Akan Dibentang Pada Sesi Parlimen Akan Datang

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penambahbaikan akan dilakukan terhadap Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dengan pindaan pada Seksyen 23 dan Seksyen 36 tidak lama lagi, kata Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Beliau berkata cadangan pindaan itu dijangka akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri secara dasarnya telah bersetuju dengan cadangan peruntukan ini setelah JKMR menyerahkan laporan tahunannya, Isnin.

"Pindaan ini langkah terbaik bagi menambah baik undang-undang sedia ada serta menjamin kebebasan dan ketelusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pelaksanaan fungsi SPRM di samping mewujudkan elemen akauntabiliti suruhanjaya itu," katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Parlimen, Selasa.

Turut hadir anggota JKMR lain iaitu anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Takiyuddin Hassan dan anggota Parlimen Kepong Tan Seng Giaw.

Pindaan terhadap Seksyen 23 bagi memastikan anggota pentadbiran dan penjawat awam di peringkat nasional dan negeri tidak memanipulasi sebarang kelemahan yang terdapat dalam peruntukan undang-undang terutama melibatkan pemberian tender, kontrak, tanah dan projek kerajaan.

Pindaan Seksyen 36 pula bertujuan membolehkan SPRM terus menyiasat pemilikan dan harta seseorang yang disyaki terlibat dengan rasuah tanpa perlu ada siasatan awal sebagaimana peruntukan undang-undang di Hong Kong.

Abu Zahar yang juga Yang Dipertua Dewan Negara mahu semua anggota Parlimen termasuk pembangkang agar sebulat suara memberi sokongan terhadap laporan JKMR itu.

"Laporan ini merupakan perkara baik bagi merealisasikan hasrat untuk melaksanakan pindaan akta, di sinilah terletaknya kebijaksanaan pembangkang. Jangan hanya membangkang sahaja kerana perkara ini baik tidak kira siapa yang memerintah. JKMR mahu buktikan bahawa kita badan bebas yang telus," katanya.

Sementara itu, Takiyuddin berkata keputusan yang dicapai dalam laporan itu merupakan keputusan kolektif daripada tujuh anggota JKMR yang dilantik Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Oktober lepas.

Takiyuddin berkata beliau menyokong laporan JKMR itu tanpa adanya perasaan pilih kasih serta berharap pandangannya diterima anggota Parlimen lain daripada pembangkang.

"Kalau pandangan saya tidak diterima oleh rakan-rakan lain dalam parti, maka saya kena letak jawatan. Kita lakukan perkara ini untuk jadikan SPRM lebih telus," katanya.

Laporan Tahunan JKMR menggesa kerajaan memberi sepenuh dukungan dan mempersiapkan segala keperluan kepada SPRM untuk menghadapi serangan persepsi yang tidak adil kepada mereka.

JKMR dianggotai empat yang lain Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Brodi, anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim, anggota Parlimen Indera Mahkota Datuk Fauzi Abd Rahman dan anggota Dewan Negara Senator Mohamad Ezam Mohd Nor.

Kesemua anggota jawatankuasa itu dilantik mengikut Seksyen 14(2) Akta SPRM bagi tempoh 25 Mei 2013 hingga 24 Mei 2016. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan