Parti Golkar Ingin Contohi BN

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Partai Golkar dari Indonesia berhasrat mencontohi Barisan Nasional (BN) dalam membina sebuah parti gabungan kekal dan kukuh yang memacu kestabilan dan keharmonian Malaysia.

Pengerusi Golkar, Aburizal Bakrie berkata beliau kagum dengan pencapaian BN yang diteraju oleh Umno itu dan mahu menubuhkan gabungan serupa jika Golkar menang pilihan raya perwakilan pada April 2014.

"Saya tidak tahu jika gabungan sedemikian boleh diwujudkan di Indonesia, tetapi saya akan cuba kerana saya rasa untuk mentadbir sebuah negara yang besar dan berbilang (seperti Indonesia), adalah lebih jika dilakukan oleh sebuah pasukan yang bersatu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi anggota panel dalam sesi bertajuk 'When Power Is Might Is There Hope for Global Moderation?' di Forum Antarabangsa Umno 2013, di sini Selasa.

Anggota panel lain ialah pegawai kanan Parti Komunis Vietnam Vuong Thua Phong, pemimpin kanan Hamas Khaled Meshaal dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Aburizal juga melahirkan rasa kagum terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas kepimpinan dan kebijaksanaannya.

Khaled pula berkata pendekatan kesederhanaan harus diamal oleh seluruh dunia bukan dalam kalangan negara Islam sahaja.

"Pendekatan ini perlu diamal bagi membolehkan kita mencapai kemajuan dalam bidang teknologi dan ekonomi. Tanpanya pembangunan juga tidak akan berlaku," katanya.

Beliau juga berkata gagasan 1Malaysia yang menekankan kepada perpaduan negara dan toleransi kaum, boleh dicontohi bagi menyatupadukan pelbagai puak di Palestin. Konsep ini boleh dinamakan 'Wahid Palestin', katanya.

Sementara itu, Khairy berkata sejak sekian lama Malaysia percaya suara kesederhanaan lebih berkuasa berbanding langkah ekstrem, dengan aspek kepercayaan menjadi kunci dalam hubungan kerajaan dan rakyat.

"Apabila masyarakat berputus asa dengan kesederhanaan, mereka akan mengambil jalan ekstrem. Keganasan mungkin dapat menukar kerajaan namun perlu diingat tindakan itu tidak menjamin kestabilan dan keamanan dalam jangka panjang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan