PAC Panggil KPKT Perjelas Pembinaan Loji Insinerator Januari Depan

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memberi penjelasan berhubung isu projek membina loji insinerator dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, Januari ini.

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata KPKT akan mengambil masa lama membentangkan laporan projek insinerator itu kerana ia projek lama yang dimulakan sejak 2006.

"Isu ini (insinerator) juga memberikan kebimbangan kepada kami kerana ia akan memberi kesan dari segi alam sekitar dan masyarakat yang tinggal di sekelilingnya," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat Ketua Setiausaha KPKT Datuk Seri Arpah Abdul Razak di bangunan Parlimen, Selasa.

Nur Jazlan berkata beberapa bekas Ketua Setiausaha yang pernah berkhidmat dengan KPKT akan dipanggil bagi memberi penerangan berkenaan isu itu.

"Kami akan memanggil mereka semula, bermakna kita tidak begitu berpuas hati hari ini," katanya.

Ditanya mengenai mengapa laporan PAC mengenai Projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) tidak dibentangkan di Parlimen seperti dijadualkan pada Selasa, Nur Jazlan berkata perkara itu ditentukan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Laporan itu telah siap dan ia akan dibentangkan," katanya.

Sebelum ini, Nur Jazlan dipetik sebagai berkata laporan mengenai NFC akan dibentangkan pada Selasa, yang antara lain mengandungi beberapa saranan daripada PAC mengenai projek itu yang diluluskan jawatankuasa berkenaan pertengahan November lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan