Mangsa Dipindahkan Meningkat Kepada 4,765 Orang di Johor

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anggota polis berkawal di sepanjang Jalan Kota Tinggi-Mersing di Johor. Jalan berkenaan hampir terputus hubungan disebabkan banjir yang semakin buruk.
Anggota polis berkawal di sepanjang Jalan Kota Tinggi-Mersing di Johor. Jalan berkenaan hampir terputus hubungan disebabkan banjir yang semakin buruk.

JOHOR BAHARU: Jumlah mangsa banjir di Johor yang dipindahkan di empat daerah pagi Selasa meningkat kepada 4,765 daripada 1,018 keluarga.

Menurut portal bencana Majlis Keselamatan Negara, Mersing mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,247 orang, diikuti Segamat (402), Kluang (85) dan Kota Tinggi (31).

Semalam jumlah mangsa banjir dipindahkan di Mersing ialah seramai 1,035 orang membabitkan 306 keluarga dipindahkan ke 11 pusat pemindahan.

Sebanyak 27 pusat perpindahan dibuka setakat pukul 11 pagi di negeri ini dengan Mersing sebanyak 18 pusat, Segamat (enam), Kluang (dua) dan Kota Tinggi (satu).

Menurut seorang pengguna jalan raya, Shahrul Hassan, 43, ketika dihubungi Bernama berkata laluan KM 32 dan KM 35 Jalan Mersing-Kota Tinggi masih ditenggelami air dan hanya boleh dilalui kenderaan berat.

"Kira-kira 100 orang yang menaiki 50 buah kenderaan tidak dapat meneruskan perjalanan ke Mersing sejak 9 pagi tadi," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan