Malaysia Catat Kedudukan Lebih Baik Dalam Indeks Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Usaha Malaysia menangani gejala rasuah ternyata membuahkan hasil apabila berjaya mencatatkan kedudukan yang lebih baik, iaitu dari tangga ke-54 pada tahun lalu, ke tangga ke-53 dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI) 2013.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Trasnparency International-Malaysia (TI-M) pada Selasa menunjukkan Malaysia berada di tangga ke-53 daripada 117 negara, dengan mencatatkan 50 daripada 100 mata dalam indeks berkenaan.

Penilaian CPI dibuat dari 0 hingga 100, 0 mata bermaksud 'paling banyak mengamalkan rasuah' sementara 100 'sangat bersih daripada rasuah'

Pada 2012, Malaysia mencatatkan 49 mata dalam CPI.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan