Kesederhanaan Sebagai Elemen Peneutral Satukan Ideologi Berbeza - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konsep kesederhanaan boleh menjadi elemen peneutral dalam menyatukan ideologi berbeza yang diamal oleh negara di seluruh dunia, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, menyeru negara terbabit agar bersatu di bawah payung kesederhanaan dan menjauhi sistem ektremisme yang semakin menular.

"Ideologi berbeza yang diamal oleh negara berkenaan tidak semestinya bergerak secara selari. Sentiasa ada cara dan kaedah di mana kita boleh berbincang sebelum membuat keputusan untuk bertolak ansur," katanya dalam majlis makan malam Forum Antarabangsa Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 di sini.

Antara tokoh politik terkemuka yang menghadiri forum dua hari itu ialah pemimpin Hamas Khalid Meshaal, calon presiden Indonesia dari Parti Golkar Aburizal Bakrie dan bekas Naib Presiden Kenya Stephen Kalonzo Musyoka.

Berkongsi kesederhanaan Malaysia dengan hadirin, Ahmad Zahid berkata konsep itu bukan sesuatu yang asing di negara ini kerana ia didokong oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha memerdekakan negara secara aman.

"Sejarah negara ini dibentuk terutama menerusi kerjasama dan perundingan berbanding keganasan serta pertumpahan darah. Ia dibentuk menerusi perjanjian damai berbanding konflik berdarah," katanya.

Sehingga hari ini, Ahmad Zahid berkata pemimpin dan perunding Malaysia menggunakan konsep kesederhanaan bagi menyelesaikan sesuatu konflik.

Kerangka Perjanjian antara kerajaan Aquino dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang diatur Malaysia adalah bukti berhubung perkara ini, katanya.

"Konsep kesederhanaan tidak akan luput ditelan zaman," katanya.

Beliau juga berpendapat kesederhanaan bukan milik eksklusif masyarakat barat sebaliknya ia bersifat universal.

Ahmad Zahid juga berkata Malaysia percaya prinsip kebebasan, toleransi dan kerjasama akan menjadi penyelamat komuniti global.

"Malaysia berpegang kepada prinsip setiap negara perlu diberi peluang menjadi arkitek dan menentukan nasib mereka sendiri.

"Bagaimanapun, arkitek itu tidak seharusnya menggunakan keganasan sebagai alat politik. Beliau juga tidak seharusnya mengagung-agungkan ekstremisme dengan mengorbankan kesederhanaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan