Kerajaan Serius Lindungi Hak Asasi Rakyat - Hamzah

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa memandang serius tanggungjawabnya untuk melindungi hak asasi semua rakyat Malaysia, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata kesungguhan kerajaan dalam melindungi hak asasi manusia tidak boleh dinilai hanya melalui penyertaan negara ke instrumen-instrumen hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

"Malaysia mengambil maklum kesemua hak tersebut dan perkara ini jelas termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Malaysia yang menggariskan kesemua hak itu dan juga tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh semua pihak dalam melaksana ataupun menikmati hak tersebut," katanya.

Hamzah berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) yang meminta ulasan mengenai International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat ini.

Katanya sebelum Malaysia boleh menyertai mana-mana instrumen antarabangsa termasuk ICCPR, kajian terperinci perlu dilaksanakan bagi memastikan semua peruntukan instrumen berkenaan boleh dilaksanakan melalui rangka perundangan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Proses kajian sedemikian adalah penting untuk memastikan penyertaan Malaysia ke instrumen-instrumen tersebut membawa pulangan yang baik dan dapat memanfaatkan negara dan rakyat.

"Pada masa sama, kerajaan juga perlu memastikan sistem perundangan negara selaras dengan artikel-artikel dalam instrumen antarabangsa berkenaan sebelum menyertainya," tambah Hamzah.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan mengambil pelbagai langkah yang selari dengan aspirasi dan prinsip yang termaktub dalam ICCPR termasuk dari segi penambahbaikan perundangan dan dasar.

Ini bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hak-hak sivil dan politik berlandaskan norma-norma peradaban serta budaya yang sesuai dengan masyarakat yang majmuk, berbilang kaum dan kepercayaan, katanya.

Secara ringkas, tambah beliau, ICCPR menetapkan piawaian antarabangsa bagi hak-hak sivil dan politik termasuk hak kepada nyawa, hak kebebasan bersuara dan berpendapat, kebebasan pergerakan dan hak berpersatuan serta berhimpun secara aman. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan