GLC Perlu Sedia Pelan Lengkap Bantu Syarikat Bumiputera - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyediaan pelan lengkap oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membantu syarikat Bumiputera merupakan antara tujuh inisiatif yang perlu dilaksanakan segera untuk menyokong pelaksanaan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Dalam menggariskan tujuh inisiatif itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata GLC juga perlu menyenaraikan peluang-peluang yang boleh direbut syarikat Bumiputera selain mengemukakan laporan prestasi secara berkala kepada Majlis Ekonomi Bumiputera.

Ini, katanya, selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan bagi Ketua-Ketua Eksekutif GLC di bawah agenda ekonomi Bumiputera itu.

Berucap merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2013 di sini malam Selasa, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata penambahan kolej-kolej vokasional harus disegerakan untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi dalam kalangan pelajar Bumiputera untuk mengikuti latihan vokasional.

"Ini bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja Bumiputera yang berkemahiran memenuhi kehendak pasaran dan berpendapatan tinggi," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan hendaklah mempergiatkan usaha meningkatkan peraturan golongan profesional Melayu dan Bumiputera dalam pelbagai bidang.

"Sehingga kini kerajaan telah berjaya meningkatkan jumlah tenaga profesional Melayu dan Bumiputera menerusi skim latihan dan pendidikan tinggi sehingga peratusan mereka telah menjangkau 40-50 peratus dalam pekerjaan profesional seperti doktor perubatan, doktor gigi, doktor veterinar, jurutera dan juruukur.

"Usaha ini hendaklah diteruskan dalam semua bidang profesional sehingga peratusan Melayu dan Bumiputera mencerminkan peratusan mereka dalam jumlah penduduk negara," katanya.

Seterusnya beliau berkata peniaga dan pengusaha Melayu dan Bumiputera mesti meningkatkan daya saing dan bersedia menghadapi persekitaran perniagaan yang mesra pasaran.

"Oleh itu, mereka mesti menerima prinsip ketelusan dan persaingan untuk menikmati bantuan kerajaan dan merebut pelbagai peluang yang tersedia," katanya sambil menambah isu ketirisan dan pembaziran juga perlu diatasi untuk meningkatkan keberkesanan usaha membantu golongan tersebut.

Inisiatif lain yang digariskan ialah keperluan meneruskan usaha memajukan aset milik kaum Melayu dan Bumiputera bagi mengukuhkan lagi kemajuan ekonomi mereka.

Beliau turut menekankan kepentingan melaksanakan lebih banyak program menjana pendapatan terutama di kawasan luar bandar dan kawasan miskin bandar ke arah mengatasi masalah kos sara hidup.

Katanya, kerajaan mesti memperluas industri berasaskan pertanian dengan pelbagai bentuk sokongan seperti pinjaman modal dan latihan, memperkasa industri kecil dan sederhana serta membantu peniaga kecil, petani dan nelayan.

"Agensi-agensi yang menyediakan kemudahan pembiayaan hendaklah mempermudah pemberian pembiayaan kepada usahawan dan peniaga Bumiputera yang layak," katanya sambil menambah pihak berkuasa tempatan perlu mempermudah pemberian lesen kepada peniaga kecil.

Sehubungan itu beliau menyarankan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, khususnya Biro Ekonomi, bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan untuk mempelopori usaha membantu meningkatkan pendapatan usahawan dan peniaga Bumiputera.

Muhyiddin turut menuntut supaya Skim Perumahan Mampu Milik diperluas dengan segera di samping memperkenalkan skim rumah mampu sewa ke arah meningkatkan kesejahteraan masyarakat Bumiputera di kota. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan