Dr Mahathir Sahkan Lepas Jawatan Penasihat Petronas

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Penasihat Petronas.

Dr Mahathir berkata surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Beliau berkata sudah masa untuk beliau meninggalkan syarikat petroliam negara itu kerana faktor usia serta ingin menumpukan perhatian kepada kesihatannya.

"Saya sudah 10 tahun bersama Petronas, saya rasa Petronas sudah beroperasi dengan baik dan mempunyai untung banyak," katanya. Negarawan itu berkata demikian kepada pemberita selepas menganjurkan jamuan tengah hari untuk peserta forum antarabangsa 'Politik Kesederhanaan Ke Arah Keamanan dan Kestabilan' sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 di sini, Isnin.

Dr Mahathir dimasukkan di Institut Jantung Negara pada 16 November lepas dan dirawat hampir 10 hari setelah didapati terkena jangkitan paru-paru.

Ditanya sama ada beliau turut berhasrat untuk berundur daripada Proton Holdings Bhd, beliau berkata masih belum berfikir untuk berbuat demikian.

Selain itu, Dr Mahathir berharap Petronas dapat mengekalkan peranannya untuk meningkatkan penyertaan usahawan muda dalam syarikat itu. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan