Tiong Lai Lancar Manifesto Tanding Jawatan Presiden MCA

Diterbitkan: Isnin, 2 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mahu bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti 21 Disember ini berjanji untuk melaksanakan sembilan misi utama bagi melakukan transformasi terhadap parti sekiranya terpilih.

Manifesto beliau yang bertemakan 'Untuk generasi kita akan datang, Lakar laluan baharu' mahu mengukuh kedudukan dan kuasa parti selain meningkat program kepimpinan parti.

Perubahan dalam parti perlu telus dan bertanggungjawab kepada umum, katanya semasa melancarkan manifestonya di ibu pejabat MCA di sini Isnin.

Liow turut menyeru bakal perwakilan agar bersatu dan melakukan perubahan. Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau yakin para perwakilan dapat membuat keputusan bijak dengan memilih pemimpin yang sesuai untuk menerajui parti.

Pemilihan bagi jawatan presiden dijangka bakal turut disertai bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat serta Naib Presiden Gan Ping Sieu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan