Najib Mahu Komponen BN Selesai Kemelut Dalaman Sebelum Laksana Transformasi

Diterbitkan: Isnin, 2 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan kemelut dalaman masing-masing sebelum melaksanakan transformasi bagi memperkukuh sokongan rakyat yang diwakili mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata beliau yakin semua "sahabat" Umno faham dengan jelas bahawa untung nasib parti mereka bergantung kepada sejauh mana keupayaan mereka untuk melaksanakan transformasi.

"...dengan mempunyai iltizam politik, barulah akan menghasilkan parti yang boleh diterima rakyat," katanya dalam wawancara khas dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sempena Perhimpunan Agung Umno, di pejabat Perdana Menteri di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata sebagai parti tonggak dalam BN, Umno bersedia membantu memberi kekuatan kepada rakan-rakan komponen lain dalam mendepani sebarang cabaran serta mengukuhkan kembali kedudukan mereka dalam arena politik tanah air.

"Tapi rakan-rakan kita yang menghadapi masalah dalaman perlu betulkan rumah tangga mereka supaya akan dapat lebih diterima oleh masyarakat yang diwakili mereka.

"Dan kalau mereka dapat sokongan yang kian meningkat, ini akan menjamin kemenangan BN pada masa akan datang dan tidak terlalu bergantung kepada sokongan daripada Umno semata-mata," kata Najib.

Najib yang juga Presiden Umno turut menolak andaian kekuatan Umno telah menyebabkan parti komponen lain dilihat seolah-olah lemah dan terpinggir.

Sebaliknya, kata Najib, Umno sentiasa bersikap terbuka dan mengambil kira pandangan setiap parti komponen lain dalam membuat sebarang keputusan baik untuk BN atau sebagai kerajaan.

"Kita tak paksa mereka. Kita lakukan pendekatan atau kaedah konsensus. Sesuatu dasar dibuat atas cara rundingan terbuka. Bila keputusan dibuat, itu bersandarkan sokongan daripada semua pihak," jelasnya.

Beliau juga menolak andaian bahawa Umno bersikap terlalu dominan sehingga menyekat suara parti-parti komponen lain, termasuk mengawal mereka daripada meluahkan pandangan mengenai pelbagai isu secara terbuka melalui media massa.

"Kita adalah parti yang memerintah. BN buat dasar. Pembangkang tidak buat dasar. Kalau ada percanggahan secara terbuka, akan merosakkan kredibiliti kita sebagai kerajaan.

Mengenai dakwaan kononnya kepimpinan beliau kini dilihat lebih condong kepada memperkasa agenda Melayu dan Bumiputera selepas PRU-13, Najib berkata apa yang dilakukannya adalah untuk memberi peluang sama rata kepada mereka tanpa menafikan hak kaum lain.

"Kalau mereka yang telah terpinggir dari arus perdana selama ini kesan zaman penjajahan yang begitu lama, maka kita tak boleh tidak perlu lakukan, untuk betulkan keadaan ini yang tempang, supaya kita menyamakan peluang-peluang dalam negara tanpa menafikan hak kepada kaum-kaum lain," katanya.

Bagaimanapun, katanya, peluang yang diberikan bukan bersifat pemberian tetapi lebih kepada membangunkan golongan itu tanpa memberi sebarang jaminan terhadap hasilnya.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan