MT: Dr Mahathir Puji Langkah Umno Lantik Personaliti Luar

Diterbitkan: Isnin, 2 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memuji tindakan Umno melantik beberapa personaliti untuk menganggotai Majlis Tertinggi (MT) parti, satu pembaharuan inklusif demi kebaikan parti.

Beliau berkata keterbukaan Umno untuk melibatkan orang luar iaitu mereka yang bukan anggota Umno, merupakan satu langkah baik untuk membawa perubahan dalam parti. "Banyak peningkatan yang dibuat oleh Umno (sekarang) dan ia berbeza dari sebelum dan selepas pilihan raya umum ke-13. "Mereka(Umno) membawa masuk beberapa personaliti yang bukan anggota Umno untuk menganggotai Majlis Tertinggi. Itu langkah yang sangat baik," katanya kepada pemberita selepas jamuan tengah hari Forum Antarabangsa Umno 2013, di sini, Isnin.

Terdahulu, bekas Presiden Umno itu menyampaikan ucapan dalam jamuan tengah hari forum dua hari yang diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013.

Pada Jumaat lepas, Umno mengumumkan pelantikan sembilan anggota MT, antaranya pendakwah terkenal Ustaz Mohammad Kazim Elias dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Mengulas mengenai cadangan muzakarah antara PAS dan Umno, Dr Mahathir berkata itu merupakan pendekatan yang baik dalam mencari persefahaman antara dua parti orang Melayu tersebut.

"PAS dan Umno tidak berbeza. Sebelum ini mereka yang mengasaskan PAS ialah anggota Umno," katanya.

Mengakui bahawa PAS dan Umno kini mempunyai pandangan berbeza dalam hal-hal tertentu, Dr Mahathir percaya perkara itu masih boleh diselesaikan sekiranya kedua-dua parti mendahulukan kepentingan rakyat dan negara. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan