MIC Minta Unesco Isytihar Lembah Bujang Tapak Warisan Dunia

Diterbitkan: Isnin, 2 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel meminta Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) mengisytiharkan Lembah Bujang yang wujud sejak abad kelapan di Kedah sebagai tapak warisan dunia.

Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, turut meminta kerajaan persekutuan dan kerajaan Kedah mengambil tindakan segera menyekat kemusnahan yang berlaku di kawasan itu.

"Pemaju tidak boleh memusnahkan candi nombor 11. Saya pernah bekerja bersama Muzium Negara pada 1970-an dan terlibat dengan kerja pengorekan.

"Kami membersihkan lapisan demi lapisan pemaritan dan kami menemukan satu Siva Linga yang telah lama usianya," kata beliau dalam kenyataan di sini Isnin.

Menurut laporan, sebuah kuil makam adalah antara peninggalan prasejarah di Lembah Bujang yang dimusnahkan secara rahsia oleh sebuah syarikat pemaju baru-baru ini.

Palanivel berkata Unesco patut menghantar pegawai tingginya untuk mengkaji kawasan itu dan mengambil tindakan segera bagi melindunginya.

"Kerajaan boleh memberi pampasan kepada pemilik persendirian. Saya harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan meminta pihak berkuasa berkenaan mengisytiharkan tempat itu sebagai tapak warisan," katanya.

Ketika menyuarakan pendapat serupa, anggota jawatankuasa kerja pusat MIC Datuk S.Murugesan meminta Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir membeli balik tanah berkenaan bagi memastikan tapak itu kekal sebagai sebuah tapak bersejarah milik semua rakyat Malaysia.

"Lembah Bujang adalah kepunyaan semua rakyat Malaysia dan merupakan sebahagian daripada sejarah dan warisan kita. Menjualnya kepada syarikat swasta menunjukkan betapa singkat pandangan dan ketidakpekaan mereka yang membuat keputusan itu," katanya.

Lembah Bujang adalah sebuah tapak arkeologi dan pengorekan yang menyimpan bekas jeti, kawasan melebur besi dan tugu bata tanah liat yang wujud sejak tahun 110 Masehi dan merupakan struktur buatan manusia tertua yang direkodkan di Asia Tenggara setakat ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan