Mara Tanggung Kos Tambahan RM1.38 Juta Berhubung Kontrak Pembekalan Peralatan

Diterbitkan: Isnin, 2 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) terpaksa menanggung kos sewaan peralatan dan pengangkutan berjumlah RM1.38 juta berikutan kegagalan tiga syarikat pembekal peralatan mengikut ketetapan kontrak dalam tempoh yang dipersetujui.

Menurut Laporan Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, penambahan kos itu adalah kerana kegagalan Mara untuk memastikan tiga syarikat yang diberikan kontrak mematuhi segala syarat dalam kontrak yang bernilai RM98.91 juta.

Antara punca yang dikenal pasti ialah proses perolehan rundingan terus di bawah kontrak tersebut dengan tiga syarikat iaitu Jalinan Rakyat Sdn Bhd (JRSB), Akademi CaddCam Sdn Bhd dan Cekap Jati Sdn Bhd mengambil masa tiga tahun dari tarikh kelulusan pelantikan oleh Kementerian Kewangan.

"Mara telah melantik JRSB untuk mebekalkan peralatan, kerja bangunan, kerja mekanikal dan elektrikal (M&E) bagi perolehan untuk dua Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dengan jumlah perolehan RM40.3 juta.

"Audit mendapati JRSB tidak dapat membekalkan peralatan mengikut tempoh kontrak dan lanjutan sehingga bulan Jan 2012 kerana fasiliti banknya telah dibekukan," menurut laporan itu.

Laporan turut mendapati kelewatan tersebut adalah disebabkan aktiviti pembangunan kurikulum, senarai dan spesifikasi peralatan serta runding harga Mara belum dimuktamadkan semasa Kementerian Kewangan meluluskan kontrak tersebut.

"Kelewatan menandatangani kontrak menyebabkan peralatan pembelajaran yang disenaraikan dalam kontrak telah ditamatkan pengeluaran dan tidak memenuhi keperluan teknologi terkini.

"Syarat perjanjian antara Mara dan syarikat yang terlibat sepatutnya disempurnakan dalam tempoh perjanjian iaitu setahun dari tarikh kontrak ditandatangani," menurutnya.

Dalam maklum balas Mara kepada Jabatan Audit Negara pada 20 Mei lepas, dijelaskan antara sebab kelewatan menandatangani Surat Setuju Terima adalah kerana percanggahan antara pihak mereka dan syarikat pembekal.

Selain itu syarikat berkenaan lewat mengemukakan bon pelaksanaan, tetapi perbincangan telah diadakan antara pihak yang terlibat bagi mendapatkan persetujuan senarai dan spesifikasi peralatan mengikut perkembangan teknologi semasa, demikian jawapan Mara kepada jabatan itu menurut laporan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan