Mahfuz Ketua Penerangan PAS Baharu

Diterbitkan: Isnin, 2 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mahfuz (kiri) kalah tipis dengan hanya perbezaan 16 undi kepada Datuk Husam Musa yang berada di tangga ketiga pada pemilihan PAS di Shah Alam baru-baru ini.
Mahfuz (kiri) kalah tipis dengan hanya perbezaan 16 undi kepada Datuk Husam Musa yang berada di tangga ketiga pada pemilihan PAS di Shah Alam baru-baru ini.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang tewas dalam saingan jawatan Naib Presiden PAS dilantik sebagai Ketua Penerangan parti itu yang baharu bagi penggal 2013-2015.

Selain itu Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Tahunan PAS ke-59 turut bersetuju mengekalkan Datuk Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung PAS.

Mustafa pertama kali dilantik ke jawatan itu pada 2009.

Keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berlangsung pada Ahad.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai Bendahari PAS manakala Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli turut mengekalkan kedudukannya sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Jawatankuasa PAS Pusat turut melakukan rombakan terhadap kepimpinan tertinggi PAS peringkat negeri dengan melantik enam muka baharu bagi jawatan pesuruhjaya negeri.

Rombakan itu turut menyaksikan, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan digantikan dengan Ahmad Yakob.

Lima yang lain ialah Saiful Bahari Mamat (Terengganu), Aminulhuda Hassan (Johor), Iskandar Abdul Samad (Selangor), Razman Zakaria (Perak), Mohd Shukri Ramli (Perlis).

Bagaimanapun Pesuruhjaya Pulau Pinang hanya akan diumumkan pada pertengahan Disember.

Abdul Hadi turut mengumumkan tujuh ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik termasuk bekas calon jawatan Timbalan Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan bekas calon jawatan Naib Presiden, Datuk Abu Bakar Chik.

Selain mereka, Pengerusi Pemilihan PAS, Asmuni Awi turut dilantik ke jawatan itu.

BERIKUT SENARAI PENUH AJK PAS PUSAT 2013-2015

1. Setiausaha Agung PAS - Datuk Hj Mustafa Ali

2. Bendahari - Datuk Ahmad Yaakob

3. Ketua Penerangan - Datuk Mahfuz Omar

4. Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat – Dr Mohd Hatta Ramli

Persuruhjaya PAS Negeri/Wilayah:

1. Kelantan - Datuk Ahmad Yaakob

2. Terengganu - Saiful Bahri Mamat

3. Pahang – Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

4. Johor - Aminulhuda Hassan

5. Melaka – Adly Zahari

6. Negeri Sembilan - Mohd Taufek Abdul Ghani

7. Selangor - Iskandar Abdul Samad

8. Perak - Razman Zakaria

9. Kedah - Datuk Mahfuz Omar

10. Perlis - Mohd Shukri bin Ramli

11. Wilayah Persekutuan – Mohammad Noor Mohammad

12. Sabah - Mohd Aminuddin Aling

13. Sarawak – Haji Adam Ahid

14. Pulau Pinang - diumumkan pada pertengahan Disember

AJK PAS Pusat yang dilantik:

1. Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

2. Datuk Abu Bakar Chik

3. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos

4. Mohd Hussin

5. Asmuni Awi

6. Zulkiflee Mohd Omar

7. Dr Muhaimin Sulam

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan