Kira-Kira 100 Dipindahkan Berikutan Banjir di Pahang

Diterbitkan: Isnin, 2 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kira-kira 100 penduduk dari perkampungan Orang Asli Kampung Kesing, di Rompin mula dipindahkan berikutan kawasan penempatan mereka dinaiki air berikutan hujan lebat sejak Ahad.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, semua mangsa terbabit itu dipindahkan sejak 10 pagi tadi berikutan kawasan penempatan mereka dinaiki air sehingga 1 meter.

Maklumat lengkap mengenai proses pemindahan dan pusat penempatan pemindahan itu masih belum diperolehi, katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, pihaknya masih belum memperolehi maklumat lengkap berhubung proses pemindahan mangsa banjir terbabit.

Menurut jurucakap itu, laluan di Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan berhampiran Jambatan Sungai Charu kini ditutup kepada semua jenis kenderaan berikutan dinaiki air melebihi 1 meter. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan