Kerajaan Kelantan Belum Siapkan 15 Projek Pembangunan RMK10 Bagi 2012

Diterbitkan: Isnin, 2 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan belum menyiapkan 15 projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) bagi 2012.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 Siri 3 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin menyatakan 15 projek itu adalah di bawah Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan, Jabatan Perhutanan Negeri, Jabatan Kerja Raya Negeri, Pejabat Perbendaharaan Negeri dan Pejabat Pembangunan Negeri.

Selain itu, kerajaan negeri itu juga belum memulakan lima projek termasuk Projek Pembinaan Jambatan Merentasi Rel Keretapi Bandar Tanah Merah dan Projek Pembaikan Simpang 3 Landak, Kota Baharu yang dirancang oleh Jabatan Kerja Raya Kelantan.

Pihak Audit juga mendapati kerja-kerja tambahan di bilik tidur utama Istana Negeri, pembinaan Driving Range di Istana Negeri dan Cadangan Menaik Taraf Padang Golf di bawah Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan juga belum dimulakan.

Namun, Kerajaan Kelantan telah menyiapkan 6,435 projek di bawah RMK10.

Sementara itu, pihak Audit mendapati prestasi perbelanjaan projek pembangunan Kerajaan Kelantan kurang memuaskan berikutan perbelanjaan yang dibelanjakan hanya 62.6 peratus daripada RM277.91 juta yang diperuntukkan.

Sebanyak RM174.01 juta telah dibelanjakan oleh sembilan Jabatan dan Pejabat Perbendaharaan Negeri serta Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan mencatat pencapaian terendah iaitu masing-masing sebanyak 32.4 peratus dan 74.9 peratus.

Laporan itu mendapati Pejabat Perbendaharaan Negeri hanya membelanjakan RM37.28 juta daripada RM115 juta yang diperuntukkan manakala Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan membelanjakan RM45.80 juta daripada RM61.13 juta bagi 501 jumlah projek yang diperuntukkan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan